Saturday, September 10, 2016

TAMAN TASIK TITIWANGSA BERHANTU??


sekadar gambar hiasan


Assalamualaikum... Kemana korang hujung minggu nih... Ada yg dah pulang ke kampung untuk sambut Hari Raya Aidil Adha. Berhati-hati dijalan raya. Semoga selamat sampai dengan selamat.

Sebenarnya ramai tak tahu kisah Taman Tasik Titiwangsa. Taman Tasik Titiwangsa Berhantu?? Korang pernah dengat ke cerita ni. Haha sebenarnya berhantu bagi mama kalau bawak Damien dan Irfan ke sini. Setiap kali biring je abang Mien mesti ajak main basikal. Mama kadang-kadang malas juga nak ke sini.

Walaupun ramai yang pulang ke kampung tapi Taman Tasik Titiwangsa tak pernah tak ada pengunjung. Mungkin ini sebahagian dari warga kota yg berkampung di Kuala Lumpur.




Suka sangat muhammad Afwan Damien dan Muhammad Irfan Darwisy kalau dibawa main basikal dekat sini. sebelum papa belikan basikal hadiah sempena hari lahir abang Damien, papa belikan untuk adik jugak. selalu sewa ja basikal.

Sejam RM10. Pusing la satu taman tasik ni. Tapi mama biarkan ja pusing dekat-dekat. Hujung minggu yang membosankan bagi Damien dan Irfan kalau mama nya terperuk je dalam rumah.

Minggu hadapan apa pula aktiviti mama untuk anak teruna dua orang ni. Layankan sahaja selagi mamanya mampu melayan. Anak-anak anugerah Allah yang tak ternilai harganya. Sama-sama lah kita Mencorakkannya. Hingga ketemu lagi. Wassalam...

WASAP : 01123173005

FB : nurulsuwana

IG: nurul_suwana_shaklee

EMAIL : nurafan_87@yahoo.com

No comments:

Post a Comment