Wednesday, October 11, 2017

BAGAIMANA CARA UNTUK HILANGKAN JERAGAT TANPA MENGGUNAKAN RAWATAN LASER

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

APA ITU JERAGAT?

Jeragat adalah bonggol kuning atau kehitaman yang tersumbat pada kulit. Jeragat terjadi disebabkan oleh lebihan minyak yang terkumpul dalam kelenjar sebum. Jika anda ada masalah jeragat yang teruk bagaimana cara untuk hilangkan jeragat tanpa menggunakan rawatan laser.




Jeragat selalunya naik dibahagian pipi, hidung dan sekitar bawah mata. Ada yang jeragat tebal diseluruh wajah dan ada yang nipis. Hal demikian sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan seseorang bila berhadapan dengan orang ramai.

Ada yang bersolek tebal untuk menutupi jeragat diwajah, ada yang sanggup menjalani rawatan laser dan sanggup berhabis ribuan ringgit untuk rawatan laser. Jom ikuti kisan Cik Norhaslinda Aziz bagaimana cara untuk hilangkan jeragat tanpa menggunakan rawatan laser.

Tuesday, October 10, 2017

9 LANGKAH ATASI MASALAH GASTRIK SUPAYA TIDAK MENJADI LEBIH TERUK

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

APA ITU GASTRIK?

Gastrik berlaku apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastrik yang dihasilkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Apabila diserang gastrik teruk dan pesakit hanya bergantung pada ubat klinik. Kali ni sue nak kongsi 9 langkah atasi masalah gastrik menjadi lebih teruk
.
Ketika berasa lapar perut kita akan merembeskan asid ini, jika tidak terdapat makanan didalam perut asid ini akan menghakiskan dinding permukaan perut. Proses ini akan berlaku berkali-kali dalam masa sebulan dan bertahun sehingga perut menjadi tipis. Dengan 9 langkah ini insha allah masalah gastrik tiada lagi.

.
BAGAIMANA KENALI TANDA-TANDA GASTRIK

1. Sakit perut dan rasa tidak hadam makan, sakit perut selalunya dirasai dibahagian atas perut
2. muntah angin atau kadang kala berwarna kuning, 
3. Mengalami masalah angin, terasa sakit dan pedih dibahagian ulu hati.
4. Kerap sakit kepala dibahagian kanan kepala terutamanya apabila perut kosong atau lewat makan.
5. Kerap sendawa
`
IKUTI LANGKAH BAGI MENGURANGKAN MASALAH GASTRIK

1. Berhenti merokok
2. Berhenti mengambil ubat tahan sakit
3. Elakkan makanan masam, makanan pedas, berempah, bercili
4. Sekiranya berpuasa, pastikan bersahur
5. Makan sedikit tetapi kerap
6. kurangkan minuman berkafien (kopi,teh, minuman berkabonat)
7. Amalkan pemakanan sihat dan diet yang teratur
8. Kurangkan makanan berangin
9. Berhenti mengambil minuman beralkohol

APAKAH FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYAKIT INI




Setiap orang yang mengalami masalah gastrik tidak sama ada yang kronik, ada yang masih ditahap awal dan ada yang terpaksa menjalani pembedahan. Jom kita ikuti masalah Puan Maisarah Md Saupi yang mengidap masalah gastrik hampir 16 tahun.

Monday, October 9, 2017

IKUTI LANGKAH INI JIKA ANAK ANDA CEREWET MEMILIH MAKANAN

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Kebanyakan kanak-kanak sangat cerewet bab makan. Kadang-kadang ibu bapa buntu untuk menarik minat dan selera anak-anak. Anak-anak anda mengalami masalah yang sama? Apakah yang perlu kita lakukan  untuk menarik minat si manja untuk makan makanan yang berkhasiat.



TIPS UNTUK PUJUK SIMANJA

1. Tanyakan menu apa yang ingin dimakan
2. Tanyakan makana kegemaran mereka
3. Ajak anak anda pergi ke pasar untuk membeli bahan-bahan untuk dimasak
4. Ajak anak-anak sama-sama memasak lauk yang ingin di makan
5. Hidangkan makanan mengikut kreativiti seperti membuat bento untuk anak-anak
6. Hadiah kan set pinggan dan cawan yang cantik

Selaian daripada itu, ibu bapa juga boleh cadangkan untuk pergi beriadah, berkelah dan sebagainya. Kanak-kanak ni sebenarnya mudah dipujuk sekiranya ibu bapa pandai ambil hati anak-anak. Kadang-kadang mereka mahu makan bersama-sama dengan ibu dan ayah.

Mahu dilayan dan mahu diberi perhatian. Jika anak anda kurang makanan berkhasiat ibu-ibu boleh berikan supplemen untuk menguatkan antibodi mereka. Anak-anak mudah dijangkiti penyakit dengan keadaan persekitaran.